Thursday, April 14, 2011

Bertudung sahaja tidak mencukupi

Bertudung sahaja tidak mencukupi
sebagai syarat menutup aurat
. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah
memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung
dan berlengan pendek sudah memadai.Ada juga yang berpakaian
 cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi,
 bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah 
betis bunting padi. Yang lain pula, memang cukup suka
menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher.
Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah
batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.
Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung
kecil di dalamnya. Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung 
 yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian
 tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah
 juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab
 setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai
 orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam
 hadis sendiri sudah dinyatakan.Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud
 telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu 'Umar, ia berkata bahwa
 Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka."
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya
 menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana
 tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
"Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka
sesungguhnya ia termasuk golongan mereka."
Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam
 meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.
"Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru
kaum Yahudi."
(Riwayat At-Tirmizi).
Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada.
Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang
diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah
itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?
Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang
lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.

Ayuh , kita sempurnakan tudung kita !
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI...
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.

No comments:

Post a Comment